ALOR GAJAH: Biarpun meredah lumpur, menyertai program 'ngoca' atau menimba ikan memberikan pengalaman menarik dan berharga kepada generasi muda pada masa kini, yang tidak terdedah kepada aktiviti itu.
Seorang penduduk Nazaliza Mat Nazri, 37, berkata dia membawa dua anaknya menyertai program ngoca itu membolehkan mereka merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman kecilnya dahulu.
"Acara seperti ini bukan selalu diadakan jadi bila ada peluang dan kesempatan kita bawa mereka untuk sertai ngoca ikan supaya mereka dapat lihat dan rasai pengalaman baharu yang kini jarang-jarang diadakan.
"Jika baju kotor itu boleh dicuci tetapi lebih penting mereka rasa seronok dan dapat lakukan riadah bersama rakan-rakan sebaya lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu kira-kira 200 peserta pelbagai lapisan umur menyertai program ngoca itu di sebatang tali air sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga, Tebong di sini.
Seorang peserta cilik Ahmad Zawawi Zulkifli, 11, berkata dia berasa seronok dan teruja dapat menimba pengalaman itu kerana dapat menangkap ikan seperti sepat dan sembilang dengan tangan.
Bagi Muhammad Irfan Firdaus Ambia, 9, pula berkata walaupun meredah lumpur tetapi dia sangat gembira dapat menangkap ikan beramai-ramai dengan penduduk kampung di samping bertemu dengan rakan-rakan baharu.
Sementara itu Nur Kholiq Ahmad Tohir, 31, yang memenangi hadiah utama pada program ngoca itu berkata dia yang bekerja sebagai pekerja ladang berhampiran juga sering menangkap ikan di kawasan itu pada waktu lapang sebagai hobi.
Dia yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia, berjaya menangkap ikan sembilang seberat empat kilogram menggunakan tangan selepas setengah jam cuba mencari di celahan tanah dan tali air.
"Dahulu di kampung saya juga selalu lakukan aktiviti menangkap ikan seperti ini, sememangnya rasa gembira kerana dapat turut serta dan penduduk kampung juga mengalu-alukan saya untuk tangkap ikan bersama mereka," katanya.
Sementara itu Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata program ngoca itu dilihat aktiviti riadah yang boleh diketengahkan sebagai program tahunan bagi memastikan acara tradisi turun temurun masyarakat itu tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
"Aktiviti ngoca iaitu aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan di kawasan sungai, tali air atau kolam itu juga dilihat dapat mengeratkan hubungan masyarakat dan mewujudkan komuniti harmoni dan saya juga mengalakkan program ini dapat diadakan pada masa akan datang," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Ngwe Hee Sem menunjukkan ikan sembilang yang berjaya ditangkap ketika program ngoca atau menimba ikan sempena sambutan Hari Raya 2023 anjuran JJPKK Kuala Sungga di Tebong. - Bernama
KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun
KDN FC menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada ROHM Electronics Sdn Bhd bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.
Mata wang kripto: Instrumen patuh syariah?
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan & Ekonomi UPM, Dr Taha Mohd Omar mengulas berkenaan instrumen kewangan mata wang kripto dari sudut pandang syariah.
IHPR meningkat, apa kesan kepada harga barang?
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
[Data & Statistik] Indeks Harga Pengeluar Malaysia, April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada April 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pesawat tentera AS terhempas
Pihak berkuasa mengesahkan juruterbang merupakan satu-satunya penumpang pesawat tersebut.
AWANI Pagi: Cabaran masa depan kewartawanan, mendepani AI
Seiring perubahan teknologi, aspek Kecerdasan Buatan (AI), antara elemen yang wujud dalam bidang kewartawanan. Diskusi 8.30 pagi bersama Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), untuk meneliti bagaimana wartawan mengadaptasi elemen baharu ini dalam tugas seharian mereka.
Imigresen Sabah hantar pulang 232 pendatang tanpa izin
Ia membabitkan 123 lelaki, 72 wanita dan 37 kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga 69 tahun.
Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.
Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah.
[Data & Statistik] Trend rakyat Malaysia membeli-belah di media sosial
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
Program 'ngoca ikan' beri pengalaman berharga kepada generasi muda
Program ngoca itu membolehkan seseorang merasai pengalaman menangkap ikan secara tradisional seperti pada zaman dahulu.